Perak Hari Ini

Cuti Umum Pada 27 November Dibatalkan

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Ahmad Puhat Mat Nayan hari ini mengesahkan kerajaan negeri telah membatalkan penetapan cuti umum negeri Perak pada tanggal 27 November depan.

Katanya, keputusan itu dicapai dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bermesyuarat pada 30 Oktober lalu dan tarikh tersebut adalah merupakan hari bekerja seperti biasa.

Sejak beberapa hari lalu, surat pekeliling mengenai pembatalan cuti umum itu menjadi viral di laman media sosial hingga mengundang pertanyaan banyak pihak.

Ketika dihubungi wakil Peraktoday.com.my, beliau menegaskan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menitahkan agar sambutan ulangtahun keputeraan baginda pada 27 November depan tidak diraikan memandangkan sambutan ulangtahun keputeraan Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sudah diadakan pada tanggal 19 April lalu.

“Jika sambutan pada 27 November itu dilangsungkan juga, maka nanti akan ada dua sambutan ulangtahun keputeraan dalam masa setahun. Disebabkan itu, baginda menitahkan agar kerajaan negeri membatalkan cuti umum pada tarikh tersebut (27 November),” katanya lagi.

Ahmad Puhat berkata, mulai tahun hadapan, 27 November akan diisytiharkan sebagai cuti umum di Perak bagi meraikan sambutan ulangtahun keputeraan Sultan Nazrin Shah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");