Berita Hari Ini

‘Dadah’ salai

Miri: Jika merujuk nama yang diberi, pasti timbul pelbagai persoalan mengapa ikan salai ini dipanggil juga ikan dadah.

Mungkin, ada yang beranggapan ia mungkin dipanggil sedemikian disebabkan ketagihan jika memakannya, namun telahan itu salah.

Ikan salai atau dipanggil juga sebagai ikan tahai di utara Sarawak ini digelar ikan dadah kerana nama masakannya iaitu ‘dadah’ yang dipercayai boleh menyembuhkan penyakit termasuk memulihkan kesihatan ibu selepas bersalin, meredakan demam panas dan melegakan sakit badan.

Masakan ikan dadah ini dibuat ringkas saja, ia hanya perlu direbus dengan air dan dicampur bersama serai, bawang, asam keping, lada kisar, asam jawa dan garam.

Sama ada benar atau tidak masakan dipanggil ikan dadah ini mampu menyembuhkan penyakit, namun sukar dinafikan memandangkan ia memang cukup sedap dinikmati walaupun dimasak ringkas begitu saja. – hmetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");