Berita Hari Ini

Diskaun 20% baiki kenderaan banjir

KUALA LUMPUR : Proton Holdings Berhad (PROTON) menganjurkan semula program PROTON We-Care Prihatin Banjir dengan memberi potongan 20 peratus bagi membaik pulih kenderaan jenama itu yang mengalami kerosakan akibat bencana berkenaan.

Program yang bermula semalam sehingga 15 Mac 2015, turut menyediakan tawaran pemeriksaan percuma, penilaian kerosakan dan bantuan penundaan ke 67 cawangan pusat servis Proton terpilih di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar Sdn Bhd, Norzahid Mohd Zahudi berkata, inisiatif PROTON We-Care Prihatin Banjir mula diperkenalkan sejak 2008 bagi mengurangkan beban mangsa banjir.

Menurutnya, kerja-kerja membaik pulih kenderaan memang memerlukan banyak perbelanjaan dan melalui program itu ia mampu meringankan beban pelanggan yang tidak memiliki insurans bencana alam.

“PROTON adalah jenama yang dimiliki rakyat Malaysia dan satu cara terbaik untuk kami menyumbang kembali kepada masyarakat adalah dengan menghulurkan bantuan pada waktu mereka memerlukannya.

“Adalah penting untuk kita membantu meringankan beban mangsa banjir ini. Keperitan yang mereka lalui bukan sekadar kerana kehilangan harta benda, malah terpaksa menghadapi kesukaran menanggung pelbagai kos membaik pulih kenderaan,” katanya.
-hmetro-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");