Jenayah

Dua Guru SJKT didakwa miliki salinan kertas soalan

KUALA KANGSAR : Dua guru dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan memiliki beberapa muka surat soalan kertas peperiksaan Sains dan Matematik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang disimpan di dalam telefon bimbit masing-masing pada September lalu.

K. Anparasu, 50, dan P. Uma Mageswari, 27, yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Keruh, Pengkalan Hulu dekat sini bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Johari Hassan.

Tertuduh pertama, Uma Mageswari yang merupakan guru Bahasa Inggeris dan Tamil berdepan satu tuduhan memiliki beberapa muka surat kertas soalan peperiksaan subjek Sains 018.

Tertuduh kedua, Anparasu yang merupakan penolong kanan pentadbiran berdepan tiga pertuduhan memiliki beberapa muka surat kertas soalan pemeriksaan Matematik 035/1 dan 035/2 serta Sains 018.

Mengikut fakta kes, Anparasu didakwa menyimpan secara tidak sah salinan soalan kertas UPSR dalam telefon bimbitnya pada 9 dan 10 September lalu.

Uma Mageswari pula didakwa menyimpan secara tidak sah salinan soalan kertas UPSR dalam telefon bimbitnya pada 10 September lalu. –

-Kosmo-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");