Perak Hari Ini

Enam Suspek Samun Lori Ditahan

BATU GAJAH: Polis berjaya menahan enam lelaki yang disyaki terlibat dengan kes samun tiga buah lori yang dilaporkan berlaku di sini pada 7 November lalu dalam serbuan di Perak.

Serbuan di satu kawasan Ladang Ternakan Ayam Kampung Jelutong, dekat Pusing ketika itu mendapati kumpulan lelaki tersebut sedang memunggah komponen yang disyaki sebuah enjin lori ke atas sebuah lori lain.

Berikutan itu, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 19 hingga 36 tahun dan berasal daripada tempat berbeza telah dibawa ke Balai Polis Daerah Batu Gajah untuk disoal siasat.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Shaharon Anuar Abdul Latif, kawasan ladang tersebut dipercayai menjadi lokasi bagi mereka meleraikan bahagian lori yang dicuri.

“Setelah melakukan intipan selama beberapa hari dan bertindak atas maklumat yang diterima, pada 19 November jam 4.30 petang, pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah IPD Batu Gajah mendapati sebuah lori jenis Mitsubishi dan kereta jenis Peugeot telah masuk ke ladang tersebut.

“Dalam pemerhatian yang dijalankan itu, kita dapati mereka sedang memunggah kompenan lori yang telah dileraikan,” katanya.

Katanya lagi, hasil pemeriksaan yang dijalankan di kawasan tersebut mendapati kenderaan yang terdapat di situ merupakan kenderaan curi.

“Pegawai polis telah membuat pemeriksan rekod ke atas semua lori serta komponen enjin yang berada di tempat itu dan mendapati ia merupakan lori yang dilaporkan hilang di Pulau Pinang.

“Antara kenderaan yang berjaya dirampas dalam serbuan tersebut adalah tiga buah lori masing-masing dua jenis Nissan dan satu Mitsubishi serta sebuah kereta jenis Peugeout,” ujarnya lagi.PERAK TODAY 3

Beliau berkata hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.

“Siasatan juga mendapati, empat suspek daripada kumpulan itu mempunyai rekod lampau melibatkan kes curi dan samun.

“Semua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 20 hingga 26 November depan bagi siasatan lanjut berhubung kes tersebut,” tambahnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

PERAK TODAY 1

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");