Perak Hari Ini

Geng 5 Pagi Sasar Kafe Siber

IPOH – Ketika rakan lain menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), seorang remaja mengetuai kumpulannya untuk menyamun tujuh premis perniagaan sekitar Tambun dan Bercham.

Remaja berusia 17 tahun terbabit mengetuai ‘Geng 5 Pagi’ yang disertai lima rakannya menjadikan kafe siber yang beroperasi sehingga lewat malamsebagai sasarannya sejak dua bulan lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, keenam-enam suspek berkenaan ditahan di empat rumah berasingan sekitar Tanjung Rambutan dan Tambun.

Menurutnya, kumpulan terbabit menggunakan ‘pisau rambo’ ketika menyamun mangsa di premis terbabit.

“Serbuan pada Jumaat lalu menahan remaja terbabit di rumah keluarganya di Bandar Baru Putra, Tanjung Rambutan dan membawa penahan lima ahli kumpulannya sekitar kawasan terbabit.

“Hasil tangkapan berjaya merampas empat telefon bimbit, tiga topi keledar, dua baju dan masing-masing sebuah motosikal, ‘power bank’ dan dompet,” katanya dalam sidang media di Balai Polis Pasir Puteh di sini, semalam.

Chang Keong berkata, suspek berusia 15 hingga 21 tahun dipercayai terlibat tujuh kes direman sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan samun berkumpulan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");