Perak Hari Ini

‘Golongan Muda Bukan Lagi Sekadar Generasi Kedua’: DS Zambry

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan penglibatan generasi muda atau belia sangat penting dalam menyumbang kepada pembangunan negara dan bukannya dianggap sekadar mewakili generasi kedua di negara ini.

“Zaman kini bukannya seperti zaman dahulu yang mengamalkan pendekatan untuk tunggu dan lihat terutama sekali bagi golongan muda untuk menyuarakan pendapat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-18 Majlis Belia Negeri Perak di Ipoh, hari ini.

“Kita juga tidak boleh lagi melihat golongan muda sebagai golongan kedua kerana kita memerlukan mereka untuk menggubal dasar dan sebagainya,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, kebimbangan wujud polarisasi kaum juga perlu diberi perhatian kerana jika berlarutan ianya akan menyebabkan kehidupan yang terasing antara satu sama lain.

Katanya lagi, semangat kesukarelaan juga perlu dipupuk dalam diri setiap golongan muda supaya berupaya memberi perubahan yang baik kepada semua pihak.

“Golongan muda mempunyai idealisme yang besar dan jika semangat kesukarelawan dapat dipupuk ianya akan mampu memberi perubahan yang besar,” katanya.

Sementara itu, menurut Presiden Majlis Belia Negeri Perak, Hasnul Fairuz Hushin Amri, pelbagai pendekatan boleh diambil bagi membantu golongan muda termasuklah dengan menaiktaraf ekonomi mereka.

“Perancangan seperti kursus pertanian dengan kerjasama Jabatan pertanian Perak dan Uptown Aman Jaya di Ipoh, Perak Tengah dan Manjung diharap mampu dilaksanakan kelak bagi membantu golongan muda,” katanya.

Katanya lagi, menurut statistik yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan, jumlah golongan muda di negara ini sekitar 13.7 juta orang sekaligus satu jumlah yang dilihat cukup besar dan berupaya memberi impak tersendiri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");