Membawang Hari Ini

GUAkustika 2014 saji kelainan

KUALA LUMPUR: Portal GUA.com.my sekali lagi mempersembahkan showcase GUAkustika 2014 Ahad ini.

Bakal berlangsung di Rasta Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur, GUAkustika 2014 kali ini menampilkan kelainan untuk pengunjung.

Beberapa bakat baru diberi peluang beraksi di pentas yang sama dengan penyanyi arus perdana seperti Najwa Latif, IamNeeta, Encik Mimpi, Tasha Manshahar, Syed Syamim, Gerhana Ska Cinta dan Persis.

Bakat baru yang terdiri daripada kumpulan Happy Siblings, Safwan Ramlan dan Muhammad Danial Mahamud ini dipilih menerusi satu uji bakat yang dijalankan pada 8 November lalu selepas mereka menyertai kempen ‘Road To GUAKUSTIKA 2014’ yang diadakan secara online.

Pada sesi uji bakat itu, mereka telah bersaing dengan enam lagi peserta dan persembahan mereka dinilai oleh tiga orang juri berpengalaman, iaitu vokalis kumpulan Spider, Tam, Pengarah Urusan Indigital Sdn Bhd, Pojie Samad dan penulis lirik, Shah Shamshiri.

Sesi saringan ini telah dijalankan di Wakalab, Anjung Riong, Balai Berita, Bangsar. GUAkustika 2014 diadakan sempena menyambut ulangtahun ke-7 portal GUA. Jangan lupa luangkan masa anda pada petang Ahad ini bersama GUA. Masuk adalah percuma.

GUAkustika pernah dianjurkan pada 2011 dan 2012, bagaimanapun ketika itu ia hanya menampilkan penyanyi sensasi Youtube seperti Najwa Latif, Daiyan Trisha, IamNeeta, Tasha Manshahar & Syed Syamim, Deanna Hussin dan The Alif.

Ikuti portal GUA menerusi www.gua.com.my dan berhubung di media sosial Facebook, Twitter dan Instagram (@GUAMalaysia) untuk perkembangan hiburan terkini.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");