Sukan Hari Ini

Harap hukuman ringan…

Kuala Lumpur: Hanya hukuman ringan mampu membantu Datuk Lee Chong Wei beraksi di Sukan Olimpik 2016 Rio, itulah yang dinyatakan bekas pemain perseorangan negara, Ong Ewe Hock mengenai hala tuju pemain nombor satu dunia menjelang Panel Pendengaran Doping Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dijangka berlangsung minggu depan.

Ewe Hock yang menjadi pengurus pasukan Kelab Badminton Serdang dalam saingan Purple League 2014 berkata, jika Chong Wei digantung lebih dari enam bulan sukar buat pemain berkenaan mengumpul mata melayakkan diri ke Olimpik, dalam misi untuk membantu kontinjen negara meraih emas sulung.

“Kalau hukuman dikenakan hanya enam bulan dia ada peluang untuk beraksi di Olimpik, tapi kalau setahun atau lebih, memang peluangnya tipis,” kata Ewe Hock selepas tamat aksi akhir Piala Rookie Purple League 2014 di Arena Sports Sentosa semalam.

 Jelasnya, sekarang Chong Wei harus berehat secukupnya dan berada dalam keadaan tenang kerana tidak tahu apa akan terjadi sebaik saja perbicaraan serta hukuman dikenakan terhadapnya nanti.

“Saya harap dia mendapat hukuman ringan, itulah juga yang diharapkan semua orang. Sebagai bekas pemain memang saya harapkan dia kena hukuman minimum kerana mengambil bahan terlarang bukan secara sengaja.Â

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
– hmetro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");