Berita Hari Ini

Harga RON95 Boleh Kekal, Berkurang Berdasarkan Harga Minyak Semasa

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON95 boleh kekal atau berubah kira-kira 5 sen hingga ke 10 sen pada harga semasa minyak mentah global apabila kerajaan mengambil keputusan menetapkan harga minyak mengikut apungan terkawal yang akan berkuat kuasa pada 1 Disember.

Penyelidikan Ekonomi CIMB berkata, ini akan memberi kesan yang langsung tidak membahayakan terhadap inflasi secara keseluruhan, tetapi keadaan ini mungkin berubah sekiranya harga minyak terus merosot.

“Kami menganggarkan bahawa setiap penurunan 5 sen harga RON95 mengurangkan kira-kira 0.2 peratus daripada Indeks Harga Pengguna (CPI) bulan ke bulan. Jika harga minyak terus berkurangan, ini akan membantu membiayai kenaikan inflasi akibat pelaksanaan GST, ” katanya.

Firma penyelidikan itu berkata dengan ini, ia akan mengukuhkan lagi pandangan bahawa Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan kekal sementara di tengah-tengah prospek pertumbuhan sederhana dan risiko luar yang lebih tinggi.

Jumaat lepas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan bahawa bermula dari 1 Disember, subsidi minyak petrol RON95 dan diesel akan dimansuhkan dan harganya akan mengikut apungan terkawal di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM), sama dengan mekanisme dalam menentukan harga petrol RON97.

“Ini adalah selaras dengan agenda rasionalisasi subsidi kerajaan dan isyarat positif yang menunjukkan bahawa pembaharuan fiskal berjalan ke arah yang betul. Keputusan untuk mengapungkannya adalah tepat pada masanya kerana perubahan itu harus tidak mempunyai kesan berbahaya terhadap inflasi memandangkan purata harga pasaran hampir dengan harga runcit tetap semasa,” katanya.

CIMB Research berkata langkah itu akan membantu kerajaan mencapai sasaran defisit fiskal sebanyak 3.5 peratus daripada KDNK bagi tahun ini dan juga telah meningkatkan lagi sasaran tahun depan sebanyak 3 peratus.

“Penjimatan daripada subsidi kerajaan akan membenarkannya untuk lebih menentukan arah defisit fiskal. Jika aliran pendapatan kerajaan dari hasil berkaitan minyak, GST dan kutipan cukai pendapatan tetap utuh, kerajaan boleh menyalurkan RM12bil diperuntukkan untuk subsidi bahan api melalui pemberian wang tunai BR1M atau lain-lain bantuan yang disasarkan.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");