Laporan Eksklusif, Sukan Hari Ini

Human Voyage lancar logo baharu LTdL 2015

PUTRAJAYA: Pihak penganjur acara Le Tour de Langkawi, Human Voyage Sdn Bhd melancarkan logo dan slogan baharu lebih segar, hari ini.

Menggunakan slogan ‘melangkah ke hadapan’, perlumbaan berprestij di Asia itu bakal berlangsung pada 8 sehingga 15 Mac 2015.

Dalam sidang media semalam, ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Malik Mydin turut berkata, pasukan pengurusannya kini sedang giat berusaha dalam memastikan kejayaan kali ini termasuk proses rundingan bersama pasukan terkemuka dunia.

Ketika ini mereka sudah memulakan rundingan bersama 10 pasukan Jelajah Dunia, 12 pro continental dan 10 Asia continental untuk menyertai LTdL 2015.

Mengenai laluan, Malik berkata: “LTdL sudah berlangsung selama 19 tahun dan ia sentiasa mempunyai tahap pelaksanaan profesional yang tinggi.

“Dari segi laluan, kami akan mengekalkan beberapa laluan amat digemari ramai seperti di Greek-Tanah Merah dan juga Genting.”

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

-berita harian

Untuk galeri gambar sila klik DISINI

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");