Sukan Hari Ini

Ibarat tumbukan Mike Tyson: Totti

Milan: Kapten Roma Francesco Totti mengaku keputusan seri 1-1 menentang CSKA awal pagi semalam mengakibatkan peluang kelab Serie A itu untuk layak ke peringkat kalah mati terganggu.

Roma dilihat bakal muncul pemenang dalam perlawanan Kumpulan E yang berlangsung di Moscow apabila Totti menghasilkan gol menerusi
sepakan percuma sebelum babak pertama berakhir sekali gus melakar nama selaku penjaring tertua kejohanan pada usia 38 tahun 59 hari.

Bagaimanapun, beberapa saat sebelum wisel penamat, pemain gantian Kevin Strootman hilang kawalan di bahagian tengah dan kesempatan itu digunakan CSKA untuk melancarkan serangan balas menyaksikan Vasily Berezutsky menghasilkan gol penyamaan.

Totti berkata, jaringan yang dihasilkan tuan rumah itu tidak ubah seperti tumbukan yang dilepaskan bekas juara tinju dunia, Mike Tyson.

“Semuanya kelihatan hampir sempurna dan selepas gol saya, kami hanya selangkah daripada layak ke peringkat kalah mati,” kata Totti.

“Bagaimanapun, kami melepaskan gol yang dirasakan seperti tumbukan padu Tyson.”

Walaupun penjaga gol Roma De Sanctis dilihat bersalah kerana tidak menangkap kemas hantaran lintang Berezutsky, dia pantas mempertahankan dirinya.

“Jangan salahkan saya atau saya akan merasa sangat marah,” kata De Sanctis. “Kami menguasai permainan hingga minit ke-92. Kami tidak sepatutnya membenarkan sebarang kesilapan.

“Gol itu tidak ada kena mengena dengan pergerakan saya. Saya ada tiga pertahanan di depan. Apa yang boleh kami lakukan sekarang ialah menerima jaringan itu dan diam.”

De Sanctis dipertahankan Totti yang menambah: “Satu-satunya kesilapan yang kami lakukan ialah tidak menguasai bola hingga tamat. Kami tidak seharusnya hilang penguasaan sebegitu.” – AFP

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");