Sukan Hari Ini

Jing Yi kandas

HASRAT pemain perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi terus melakar kejutan di Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Hong Kong 2014 tidak kesampaian apabila tumbang kepada pemain Sepanyol, Carolina Marin di suku akhir semalam.

Jing Yi yang cuba memberikan tentangan kepada juara dunia 2014 itu bagaimanapun terpaksa akur apabila tewas mudah 8-21 dan 17-21 sekali gus gagal merebut tiket ke separuh akhir dalam kejohanan bernilai AS$350,000 (RM1.17 juta) itu.
“Saya sudah melakukan yang terbaik, lawan saya mempamerkan prestasi cemerlang dan dia bermain dengan baik untuk memenangi aksi ini,” katanya.
Keputusan itu turut menyaksikan tiada lagi wakil negara di kejohanan tersebut selepas beberapa pemain negara turut kecundang awal.
Terdahulu, Chong Wei Feng tewas kepada pemain Jepun, Takuma Ueda 18- 21, 21-15, 20-22 manakala beregu wanita, Lee Meng Yean-Lim Yin Loo tewas kepada pilihan kelima dari China, Bao Yixin-Wang Xiaoli 21-19, 16-21, 9-21.
-sinar harian
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");