Membawang Hari Ini

Joe Flizzow berhenti merajuk?

PERNAH kecewa apabila muzik yang diperjuangkan dianaktirikan, namun itu bukanlah alasan buat penyanyi rap dan komposer Joe Flizzow terus mengalah.

Selepas tiga tahun tidak melibatkan diri dalam penyertaan Anugerah Industri Muzik (AIM), kini penyanyi yang terkenal dengan lagu Havoc kembali memperjuangkan muzik hip hop yang sudah sebati dalam dirinya.

Ternyata kerja kerasnya mengubah persepsi masyarakat terhadap muzik hip hop berbaloi setelah beberapa karya di bawah pengurusan syarikat miliknya, Kartel tersenarai dalam pencalonan top 5.

“Sebelum ini saya tidak menyertai Anugerah Industri Muzik (AIM) adalah kerana atas dasar keputusan individu. Tapi sekarang demi kepentingan muzik hip hop itu sendiri dan juga syarikat rakaman Kartel Records, saya kembali untuk menyumbang sesuatu dalam industri muzik tempatan.

“Mungkin ramai yang tidak tahu, sepanjang 15 tahun memperjuangkan muzik ini, kami terpaksa menempuh pelbagai rintangan untuk berada di mana kami ada sekarang.

“Alhamdulillah, kami sangat hargai muzik hip hop diberi penghormatan untuk bertanding dengan kategori muzik lain dan ini satu pencapaian yang baik,” ulasnya kepada Zass, baru-baru ini.

Biarpun enam karya di bawah pengurusannya berjaya tersenarai pada pencalonan top 5, Joe akui kecewa apabila album terbaharunya, Havoc tidak berjaya ke peringkat yang sama dalam kategori album terbaik.

“Album ini memang sesuatu yang dekat dengan diri saya. Saya bangga dengan penghasilannya di mana ia turut melibatkan kerjasama dengan ramai artis.

“Bagi saya ia adalah kerja keras yang berbaloi. Tapi perjuangan akan tetap diteruskan,” katanya yang bakal muncul dengan single terbaharunya, Baek awal Disember ini.

Apa Khabar, Havoc, Hello dan Tepi Sikit adalah antara lagu yang tercalon bagi kategori Lagu Hip Hop Terbaik manakala album No More dari SonaOne berjaya tercalon bagi kategori Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");