Perak Hari Ini

JPS Perak diminta Kenalpasti Punca Banjir di Changkat Jong.

KUALA LUMPUR : Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin menasihati mangsa banjir di Changkat Jong Teluk Intan supaya tidak berasa khuatir mengenai keadaan banjir yang berlaku kini.

Jelasnya lagi, Kerajaan Negeri telah meminta agar pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak  mengenal pasti punca sebenar keadaan banjir yang berlaku buat kedua kalinya.

“Sekali lagi banjir berlaku dan menyebabkan mangsa berpindah buat kali kedua akibat hujan lebat yang membawa ke hilir Perak,” katanya.

Tambah beliau lagi, terdapat beberapa lokasi tebatan  tidak mampu menampung jumlah air dari sungai hingga memasuki kawasan pertanian dan lima kampung yang terlibat.

“Saya telah meminta pihak JPS menjalankan tindakan kecemasan bagi mengawal aliran air dengan meletakkan guni berisi pasir bagi supaya keadaan terkawal,” katanya lanjut.

“Saya  juga memohon penduduk supaya bersabar dan tidak gelisah kerana ini bukannya kehendak kita kerana bencana ini diluar jangkauan,” ujarnya lagi.

Katanya lagi situasi ini bukannya masa untuk menyalahkan mana-mana pihak setelah beberapa rugutan daripada pihak tertentu diterimanya kali ini.

Ujarnya lagi, penyaluran bantuan bagi mangsa banjir kali ini ternyata lebih teratur agar bantuan dapat disalurkan secepat mungkin dan bersedia terlebih dahulu.

“Isu berkaitan tidak cukup kemudahan peralatan telah diselesaikan berikutan jumlah mangsa banjir yang banyak sama sekali tidak dijangka oleh pihak kerajaan,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, Kemudahan  logistik akan sampai secara berperingkat-peringkat supaya mangsa banjir berasa selesa dengan bantuan yang disediakan.

Pihak kerajaan negeri  juga katanya telah meminta perbadanan JPS bagi melaksanakan projek mendalamkan sungai-sungai yang berisiko berhadapan dengan banjir.

Tambahnya lagi, Kerjasama melibatkan pihak menteri besar dan Perbadanan Menteri Besar MBInc bertanggungawab untuk melaksanakan tindakan tersebut.

“Kita sedikit terlewat pelaksanaanya berikutan hujung tahun merupakan musim hujan dan pelan tindakan ini  telah dirancang sejak awal tahun lagi,” katanya.

“Kekegangan mengenai soal kewangan berjaya diatasi dengan bantuan daripada pihak mbinc yang membantu daripada sumber penyaluran dana,” katanya.

Jelasnya lagi, projek mengorek sungai hampir 9,000 kilometer memerlukan masa yang lebih dan keutamaan terhadap kawasan berisiko untuk didahulukan seperti di Daerah Hilir Perak dan Kerian.

Setakat hari ini, menurut statistik banjir yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat seramai 336 orang ditempatkan di pusat perpindahan banjir Changkat Jong yang melibatkan 6 kawasan berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");