Perak Hari Ini

Kebocoran Klorin Dikesan di Kilang Sarung Tangan

KAMUNTING : Pasukan Bomba dan Penyelamat (PBP) berjaya mengawal kebocoran klorin di sebuah kilang pengeluar sarung tangan getah di sini, pagi tadi.

Menurut Ketua Operasi PBP, PPgB Mohd Taufiq Abd Sattar, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 10.34 pagi tadi dan Unit Hazmat dari Balai Bomba Pasir Puteh terpaksa dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Tugasan utama kami adalah memastikan bangunan kilang terbabit dikosongkan daripada para pekerjanya dan sehingga tamat operasi, tiada sebarangan kemalangan jiwa,” katanya.

Jelasnya, kebocoran klorin hanya melibatkan satu tabung bersaiz 930 kilogram bagaimanapun, 20 buah tabung klorin lagi diasingkan bagi memastikan tiada kebocoran berlaku.

Kerja-kerja peneutralan dilakukan oleh anggota PBP di tempat kejadian hingga operasi selesai jam 3.05 petang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");