Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Pandang Serius Isu Jenayah Siber di Perak

Kerajaan Negeri Perak komited memerangi jenayah siber supaya tidak menular di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pihaknya telah mengambil langkah yang sewajarnya dalam membanteras jenayah tersebut daripada menjadi semakin parah.

“Langkah-langkah untuk memastikan agar perkara-perkara yang berkaitan dengan jenayah siber ini tidak berleluasa akan kita lakukan bersama dengan pihak kerajaan Persekutuan melalui Cyber Security Malaysia (CSM),” katanya.

Beliau berkata, pada masa kini, jenayah siber itu telah menjadi medium untuk penjenayah melakukan perkara yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada semua pihak.

“Kita melihat sekarang ini trend yang terjadi dimana dalam banyak perkara yang berkaitan dengan kegiatan jenayah bukan sahaja dilakukan dengan terancang dan terbuka.

“Tetapi, ia juga dilakukan melalui pendekatan siber yang boleh memberikan impak merbahaya khususnya melibatkan militan, penipuan, scam tersendiri dan skim cepat kaya seperti yang dilaporkan,” katanya.

mosti2

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Anugerah CSM, Persidangan dan Seminar CSM-ACE 2014 di Hotel Casuarina@Meru dekat Ipoh hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Tambahnya, kerajaan negeri memandang serius berkaitan perkara itu berikutan jenayah siber itu mampu memberi kesan kepada pentadbiran negeri.

“Negeri Perak juga tidak terkecuali daripada perkara-perkara tersebut.

“Oleh yang demikian kerajaan negeri telah membuat komitmen kita melalui KPerak INC untuk memastikan aspek keselamatan siber ini diberikan keutamaan.

“Khususnya perkara yang melibatkan daripada segi data-data pentadbiran kerajaan supaya tidak dicuri,” katanya lagi.

Terdahulu, beliau telah menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara beberapa organisasi antaranya Majlis Amanah Rakyat (MARA Selangor dan KPerak Implementation and Coordination Corporation (KPerak).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");