Perak Hari Ini

Kerajaan Perak Wujud Daerah Baharu Di Tanjung Malim

Kerajaan negeri bakal mengumumkan pembentukan satu lagi daerah daerah baharu di kawasan Tanjung Malim yang bakal dikenali sebagai ‘Mu‘Allim’, tidak lama lagi.

Jelas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, penamaan sesebuah daerah baharu memerlukan perkenan daripada sultan terlebih dahulu.

“Kerajaan negeri telah mencadangkan satu idea bagi menambahkan daerah baharu di kawasan Tanjung Malim dan pengumuman rasmi akan diberitahu kelak,” katanya

Beliau berkata demikian sejurus selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-18 Majlis Belia Negeri Perak dekat Ipoh, hari ini.

‘Mu’Allim yang membawa maksud guru itu merupakan cadangan bagi satu daerah baharu di Tanjung Malim yang akan dibawa kepada perbincangan pada peringkat pentadbiran tertinggi sebelum ini, katanya lagi.

“Semua dokumen telah dihantar untuk diteliti dan kerajaan negeri akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan perkara ini tidak lama lagi,” jelasnya.

Sementara itu juga, beliau turut mengulas mengenai cadangan mewujudkan sebuah bandar gologan muda atau ‘youth city’ khusus buat golongan muda.

Jelasnya lagi, cadangan itu sedang dipertimbangkan melalui perbincangan dengan kementerian bertanggungjawab bagi menempatkan golongan muda di satu kawasan tertentu yang bersesuaian.

“Ianya berupaya menjadi model pembangunan generasi muda dengan melibatkan beberapa komponen termasuklah perumahan, pekerjaan dan institusi yang ada termasuklah kemudahan komunikasi dan perhubungan ,” katanya.

Ujar Zambry lagi, pelaksanaan modul bandar ‘youth city’ berkenaan dapat dilaksanakan di Perak amnya melalui pendekatan strategi lautan biru atau ‘Blue Ocean Strategy’.

Kerajaan negeri katanya, akan memberikan kerjasama yang padu dalam menyediakan lokasi dan perancangan seperti pembinaan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dekat Ipoh yang berjaya direalisasikan.

Beliau turut berharap supaya idea berkenaan dapat direalisasikan berpandukan kepada perancangan yang telah digariskan pada peringkat awal lagi berpandukan strategi tersebut.

“Konsep ini tidak terbatas kepada golongan muda sahaja tetapi yang meliputi golongan yang sudah berumahtangga dan dalam lingkungan umur tersebut,” katanya lagi.

Namun jelasnya, keputusan pelaksanaan bandar berkenaan juga bakal mengira kira faktor lokasi dan keluasannya serta bergantung kepada perbincangan yang diadakan dengan pihak Kerajaan Persekutuan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");