Membawang Hari Ini

Kerja keras Ranbir Kapoor

DALAM industri perfileman Bollywood, keluarga Kapoor adalah antara yang paling berpengaruh dan popular selain cukup dihormati.

Bermula daripada pelopor layar perak pada era 1920-an, Prithviraj Kapoor dan beralih kepada aktor lagenda, Ranbir Raj Kapoor yang kemudiannya bakatnya itu diwarisi kepada anaknya, Rishi Kapoor.

Tidak cukup dengan itu, keluarga Kapoor yang lain adalah Randhir Kapoor, Rajiv Kapoor, Kunal Kapoor, Shashi Kapoor, Jennifer Kendal, Shammi Kapoor, Geeta Bali serta aktres terkenal, Karisma Kapoor dan adiknya, Kareena Kapoor.

Sementara itu, aktor kacak, Ranbir Kapoor adalah anak daripada hasil perkahwinan Rishi Kapoor dan Neetu Singh. Sejujurnya, berada dalam keluarga seni Kapoor adalah tuah bagi pelakon berusia 32 tahun itu.

Begitu pun, anak kelahiran Mumbai, India ini mengakui sukar menjadi anak legenda Bollywood itu. Malah, Ranbir kini bekerja keras untuk membina namanya sendiri.

Ternyata, usahanya berjaya apabila dianugerahkan sebagai Aktor Terbaik dalam Akademi Filem India Antarabangsa menerusi fi lem Rockstar pada 2011.

Malah, sehingga kini pelbagai fi lem telah dibintanginya seperti Wake Up Sid (2009), Barfi ! (2012) dan Yeh Jawaani Hai Deewani (2013).

“Saya perlu mencari dan membina identiti sendiri untuk membanggakan ibu bapa saya dan mahu orang ramai mengenali saya kerana hasil kerja saya dan bukannya daripada asal keturunan.

“Saya seperti terperangkap apabila menjadi anak kepada bintang terkenal. Langkah saya bagai terhenti,” katanya. Tidak saja menghadapi ‘kemelut’ dalam keluarga sendiri, Ranbir turut dibayangi oleh Trio Khan (Shahrukh, Aamir dan Salman).

“Saya tidak akan boleh menandingi bakat Trio Khan. Mereka bintang sejati. Sebagai aktor, tanggungjawab saya adalah melakonkan pelbagai genre.

“Komitmen saya adalah untuk lakonan. Saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk karier saya dalam bidang lakonan,” ujar Ranbir kepada Times of India.

Muncul sebagai peninju

Dalam perkembangan lain, kekasih aktres cantik, Katrina Kaif ini bakal muncul dalam fi lem terbaharunya, Bombay Velvet arahan Anurag Kashyap. Filem yang diadaptasi daripada novel sejarah, Mumbai Fables karya Gyan Prakash ini turut menampilkan bintang berbakat besar Bollywood seperti Anushka Sharma, Karan Johar, Raveena Tandon dan Siddharth Basu.

Bombay Velvet mengambil latar belakang Bombay pada 1960 yang menceritakan mengenai seorang peninju, Johnny Balraj (Ranbir) dan penyanyi Jazz, Rosie (Anushka Sharma) serta bagaimana mereka berdua menghadapi cabaran dalam mencapai cita-cita yang diimpikan.

Dek terlalu bimbang dengan lakonannya dalam filem itu, Ranbir telah meminta pengarah menunjukkan setiap babak lakonannya dan juga bahagian yang sudah disunting.

“Dia mahu persembahannya dalam filem itu adalah yang terbaik kerana dia mahu mengulangi kejayaan fi lem komedi lakonannya, Besharam yang berjaya raih kutipan box office,” kata sumber.

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam-pawagam berdekatan di seluruh negara mulai 28 November ini.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");