Perak Hari Ini

Kerjasama Jabatan Perhutanan dan SPRM Bina Keyakinan

IPOH:Kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menubuhkan jawatankuasa berkaitan perhutanan dan pembalakan
memberi kesan yang positif kepada semua pihak.

Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Sri Dr Abd Rahman Abd Rahim berkata, jika dilihat dari sudut positif penubuhan jawatankuasa itu juga dapat memberi keyakinan bahawa jabatan itu benar-benar serius bagi menangani gejala rasuah, di samping mempertingkatkan integriti dalam pelaksanaan tugasan jabatan dan semua pihak yang berkaitan.

“Memang sebagai manusia, tidak lari daripada kesilapan. Aduan terhadap pegawai yang diterima kita serahkan kepada pihak yang menjalankan siasatan untuk menelitinya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Hutan Paya Bakau Matang di Meru, pagi tadi.

Sementara itu, ketika diminta mengulas berkaitan isu pembalakan haram di Cameron Highland katanya, setakat ini tiada laporan yang menyebut sebarang lori yang mengangkut balak keluar dari sana.

“Apa yang dapat kita lihat adalah lori yang membawa sayur-sayuran. Jadi ini bermakna tiada aktiviti pembalakan haram berlaku.

“Jangan keliru, jika ada lori yang membawa keluar kayu balak, itu barulah petanda awal bahawa wujudnya pembalakan haram di situ,” katanya lagi.

Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah penceroboh oleh penanam sayur di sana yang mengambil hasil hutan dalam jumlah yang minima untuk kegunaan pertanian mereka.

Katanya, pengusaha tanaman sayur ini seringkali menggunakan air dari hutan simpanan di sana untuk pengairan tanam-tanaman.

“Mereka menggunakan air yang jernih dan bersih untuk sayur-sayuran sebaliknya membuang sisa pertanian termasuk baja ke dalam sungai.

Keadaan itu katanya, penyumbang kepada kejadian banjir kilat yang berlaku di sana.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");