Sukan Hari Ini

King inspirasi Hamilton

Abu Dhabi: Keluarga dan teman rapat Lewis Hamilton tidak berada di sisi hujung minggu terpenting dalam hidupnya namun kata-kata Martin Luther King begitu dekat di jiwanya menjelang misi memburu gelaran Formula Satu kedua buat dirinya.

“Ukuran seorang lelaki bukan terletak di mana kedudukannya ketika senang dan selesa, tetapi di mana ketika saat penuh mencabar dan kontroversi,” pelumba Mercedes itu mengingatkan pengikutnya di Twitter awal minggu ini.

“Saya menggunakannya banyak kali di Twitter,” kata pelumba Britain itu menjelang perlumbaan yang digelar ‘Pertarungan Padang Pasir’ mempertemukan dia dengan rakan sepasukan dari Jerman, Nico Rosberg di Abu Dhabi.

“Ia antara petikan kata-kata yang saya minati. Anda boleh mengambil banyak gambar dan menghantarnya ke laman sosial tetapi anda mahu mencari sesuatu yang memberi inspirasi kepada orang ramai.

“Saya tidak mahu sekadar ‘Hai, saya berada di sisi kereta… saya berada di kaki gunung.’ Saya mahu beritahu mereka ‘Jika saya boleh buat, anda juga boleh buat.’ Sesuatu yang benar-benar membantu orang ramai.

Hamilton boleh menjadi juara berganda dari Britain selepas Jackie Stewart memenangi perlumbaan kedua daripada tiga gelaran dimilikinya pada 1971.

Juara kejuaraan itu perlu menamatkan perlumbaan di dua tangga teratas, pencapaian pelumba berusia 29 tahun dalam enam perlumbaan terakhir, kali ini di bawah lampu limpah Yas Marina untuk memastikannya menambah gelaran selepas bergelar juara pada 2008.

Biarpun kedua-dua pelumba kelihatan tenang, tekanan masih terlalu besar.

“Ia satu detik besar, hujung minggu paling penting sepanjang hidup saya. Sudah tentu saya menyedarinya,”kata Hamilton membayangkan perasaan itu seperti ‘kanak-kanak ketika Krismas’ tetapi masih bersikap tenang.

“Mengapa tidak? Saya berada di kedudukan terbaik dalam hidup. Saya bersama dengan pasukan terbaik, memiliki kereta terbaik dan di tahap terbaik. Saya sungguh teruja,” katanya. – Reuters

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");