Sukan Hari Ini

Laluan berliku

Kuala Lumpur: Tan Boon Heong mengaku ketiadaan jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei pada saingan di Piala Axiata yang bakal membuka tirai esok bakal memberi kesukaran kepada skuad negara dalam usaha mempertahankan kemenangan dirangkul tahun lalu.

Boon Heong yang menjadi watak penting di sebalik kejayaan skuad negara musim lalu menegaskan, pasukan dari negara lain juga tidak begitu kuat dan sehubungan itu peluang masih cerah untuk Malaysia mempertahankan kejuaraan.

“Bila Chong Wei tiada dalam pasukan, memang agak susah sikit untuk kami semua. Tapi pasukan lain pun tidak begitu kuat sangat.

“Untuk saya, yang penting fokus terhadap setiap perlawanan terlebih dulu dan tidak perlu fikir terlalu jauh.

“Siapa yang akan diturunkan itu tidak penting. Yang penting kami perlu memberikan yang terbaik setiap perlawanan,” katanya.

Selain Boon Heong, beregu negara turut dibarisi Tan Wee Keong serta Hoon Thien How.

Berbeza dengan format tahun lalu yang dibahagikan kepada dua kumpulan, format aksi tahun ini dijalankan secara round robin, tetapi kurang disenangi Boon Heong.

“Bagi saya terlalu banyak perlawanan yang terpaksa kami lalui. Kalau nak sampai ke final, kena main sampai sembilan kali,” katanya.

Pada tahun lalu, skuad negara muncul juara selepas menewaskan Thailand 3-1.

Chong Wei ketika itu tidak beraksi pada saingan peringkat kumpulan, sebaliknya hanya tampil pada aksi final.

Jaguh negara itu ketika ini digantung sementara oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana gagal ujian doping.
f

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");