Sukan Hari Ini

Ledakan Sanogo

London: Yaya Sanogo menamatkan penantian 15 bulan untuk menjaringkan gol sulungnya buat Arsenal dan ledakan yang dilakukan awal pagi semalam membolehkan kelab London itu melangkah ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara buat kali ke-15 berturut-turut selepas menewaskan Borussia Dortmund 2-0.

Penyerang berusia 21 tahun itu yang dilihat goyah sejak berpindah dari kelab Perancis, menjaringkan gol selepas lima minit beraksi tetapi mengalami kecederaan pada lewat permainan.

“Jaringannya itu memang hebat tetapi malangnya dia mengalami kecederaan,” kata pengurus Arsenal Arsene Wenger.

Gol kedua hadir pada babak kedua oleh Alexis Sanchez – gol ke-13 yang diledakkan sepanjang bersama Arsenal sekali gus menamatkan kemarau kemenangan pasukannya yang sudah menjangkau kepada tiga perlawanan.

“Kami bermain dengan baik dan pertahanan kami juga mantap,” kata kapten Arsenal Per Mertesacker.

“Kami banyak belajar daripada kekecewaan beberapa minggu lalu tetapi kami bangkit lebih kuat berbanding dulu.”

Berbaki satu lagi perlawanan peringkat Kumpulan D, Dortmund dan Arsenal sudah sah layak ke peringkat kalah mati dan mereka hanya perlu merebut slot selaku juara kumpulan bulan depan.

Suasana muram dapat dilihat selepas tiga kekalahan Arsenal sebelum ini dan terbaru, mereka tumbang di tangan Manchester United. Bagaimanapun, Sanogo pantas mengembalikan semangat pasukan.

Santi Cazorla menerima hantaran ke belakang Sanogo dan pemain tengah itu membuat umpanan yang disudahkan penyerang berkenaan sekali gus mengecewakan penjaga gol Dortmund Roman Weidenfeller.

Sanogo diletakkan di barisan depan bersama-sama Sanchez gara-gara kecederaan lutut yang dialami Danny Welbeck manakala Olivier Giroud tidak disenaraikan.

Alex Oxlade-Chamberlain turut berpeluang menjaringkan gol tetapi rembatannya mengenai palang manakala Sanchez memastikan Arsenal melangkah ke peringkat kalah mati apabila meledak jaringan pada minit ke-57 hasil hantaran Cazorla. – AP

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");