Jenayah

Lori simen terbalik

KUANG – Seorang pemandu lori membawa muatan simen alami detik cemas apabila kenderaan dipandunya terbalik sewaktu melalui selekoh dari arah kawasan perindustrian orang asli menuju ke Kundang, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu mangsa, Azhar Mohamed, 40, tidak cedera dan berjaya keluar melalui tingkap pintu yang pecah.

Azhar berkata, lorinya terbalik sewaktu dia memberhentikan kenderaan untuk cuba mengambil ruang melepasi selekoh tajam. Muatan seberat 40 tan itu menyebabkan struktur tanah gagal menampung beban hingga mendap sebelum terbalik.

Sehingga jam 12 lori masih gagal dikeluarkan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");