Perak Hari Ini

Lori Terbabas Langgar Kerbau

KAMPAR : Sebuah lori tiga tan terbabas apabila terlanggar sekumpulan kerbau yang melintas di kilometer 26 Jalan Ipoh -Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Ng Kong Soon berkata, kemalangan yang membabitkan lori membawa muatan plastik pasu bunga itu berlaku di Kuala Dipang pagi tadi.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Siasatan mendapati lori yg dipandu mangsa sedang dalam perjalanan dari Ipoh menghala ke Kuala Lumpur, apabila setibanya di lokasi kejadian secara tiba-tiba sekumpulan kerbau melintas di jalan raya berkenaan

Akibat daripada itu, lori tersebut gagal mengelak dan terbabas ke sebelah kanan jalan.

Kejadian turut mengakibatkan kerosakan pada hadapan lori berkenaan dan bangkai kerbau yang bergelimpangan telah dialihkan bagi memastikan kelancaran perjalanan jalan raya seperti biasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");