Sukan Hari Ini

Magis Mat Yo

Di sebalik kebimbangan mengenai jentera serangan yang tidak menjadi, jurulatih Harimau Malaya Dollah Salleh tetap menaruh harapan penyerang utama Norshahrul Idlan Talaha kembali meledak pada perlawanan penting dengan Thailand dalam saingan Kumpulan B Piala AFF 2014 di Stadium Jalan Besar hari ini.

Sejak menyumbat gol pada perlawanan kelayakan Piala Asia dengan Bahrain Oktober tahun lalu, penyerang berusia 28 tahun itu terus ketandusan jaringan termasuk ketika seri 0-0 menentang Myanmar apabila Malaysia memulakan kempen Ahad lalu.

Namun naluri Dollah masih kuat menyatakan Norshahrul atau turut dikenali sebagai Mat Yo akan kembali menemui sentuhan biarpun tidak pernah menyumbat gol dalam lima perlawanan persahabatan di bawah kendaliannya sebelum ini.

“Dia (Norshahrul) akan menjaringkan gol esok (hari ini),” kata Dollah ketika ditanya mengenai prestasi penyerangnya itu pada sidang media semalam.

“Bukan mudah untuk dia mendapat rentak kerana jarang beraksi dalam Liga Malaysia tapi gol yang ditunggu itu akan tiba. Dia berlatih bersungguh-sungguh dan mungkin menunjukkan sesuatu pada perlawanan esok (hari ini).”

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");