Perak Hari Ini

Maut Dirodok Senjata Tajam

IPOH : Seorang lelaki warganegara Indonesia ditemui dalam keadaan perut terburai selepas dirodok dengan senjata tajam dalam satu kejadian gaduh di sebuah pusat membeli belah di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.10 petang itu, mangsa dikenali sebagai Al-Amin, 31, yang bekerja sebagai buruh binaan di Bandar Cyber di sini, dikatakan baru selesai berkaraoke bersama teman wanitanya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, kejadian itu berlaku di pintu hadapan pusat membeli belah terbabit ketika mangsa sedang menuruni tangga.

“Berdasarkan siasatan mendapati mangsa didatangi sekumpulan 10 warga asing yang bersedia di tangga berkenaan sebelum berlaku pertengkaran mulut diantara mereka dan seterusnya bergaduh.

“Dalam pergaduhan itu, mangsa dipercayai ditikam dengan menggunakan ‘pisau rambo’ sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan kecemasan,” katanya dalam sidang media di Balai Polis Pasir Puteh di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia dengan kesan tikaman di bahagian kanan perut ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

“Motif kejadian sedang disiasat dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sedang dilihat bagi mengesan kesemua suspek terbabit.

“Tiada tangkapan berjaya dilakukan setakat ini dan kami masih menyiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");