Sukan Hari Ini

Misi hidup mati!

Sofia: Tidak dapat dinafikan, Brendan Rodgers bakal berdepan cabaran terbesar sepanjang bergelar jurulatih Liverpool apabila membawa anak buahnya ke Bulgaria untuk berdepan Ludogorets Razgrad pada saingan Liga Juara-Juara, awal pagi esok.

Keputusan selain menang berkemungkinan besar menamatkan impian Liverpool untuk layak ke kelompok 16 pasukan terakhir kejohanan paling berpengaruh di Eropah itu.

Liverpool yang muncul naib juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, dilihat bergelut sejak pemergian penyerang Luis Suarez ke Barcelona.

Hakikat itu dilihat semakin menjadi kenyataan apabila Liverpool tewas 1-3 di tangan Crystal Palace, kekalahan keempat berturut-turut Liverpool dalam semua pertandingan walaupun bekas penyerang Southampton Rickie Lambert memberikan mereka pendahuluan pada awal permainan.

Kekalahan terbaru itu menjadikan Liverpool kini ketinggalan 18 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris Chelsea dan semakin hampir ke zon penyingkiran.

“Kami perlu segera mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini kerana ia sangat mengecewakan dan kami tidak boleh menyalahkan orang lain kecuali diri sendiri,” kata Rodgers. “Kami perlu berubah musim panas ini kerana saingan EPL semakin hangat.

“Tidak kira di peringkat mana sekalipun, kami perlu bermain lebih baik berbanding apa yang kami pamerkan ketika ini.”

Ludogorets yang baru kali pertama memasuki Liga Juara-juara, ketinggalan di belakang Liverpool gara-gara perbezaan jaringan. Kedua-dua pasukan mengumpul tiga mata daripada empat perlawanan dalam Kumpulan B.

Ketika mereka bertemu di Anfield September lalu, Liverpool perlu menunggu hingga waktu kecederaan sebelum kapten Steven Gerrard menjaringkan gol kemenangan 2-1 ke atas Ludogorets selepas Dani Alabo memadam kelebihan tuan rumah hasil ledakan Mario Balotelli pada minit ke-82.

Ludogorets tewas 4-0 di tangan kelab Swiss Basel ketika aksi terakhir kumpulan tetapi keputusan itu hadir selepas mereka berjaya membuatkan Real Madrid cemas sebelum menang 2-1.

Aksi ketika menentang kelab gergasi Sepanyol itu mahu dilakukan semula dan jurulatih Ludogorets Georgi Dermendzhiev mahu anak buahnya segera bangkit.

“Kami bermain tanpa rasa gentar ketika menentang juara bertahan itu,” katanya. “Kami berjaya menyaingi Real…Itulah bola sepak, apa saja boleh berlaku.” – AFP

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");