Jenayah

Nasib Wak Jamil Gula

Muar: Berang bapa mentuanya tidak membeli barangan keperluan termasuk beras dan rokok, seorang lelaki berusia 20-an memukul mangsa menggunakan cota sebelum menyimbah air panas dalam kejadian di Batu 18 1/4, Ayer Hitam, dekat sini, kelmarin.

Lebih kejam, suspek yang tidak bekerja itu sanggup membiarkan Mohd Noor Abdullah, 55, atau lebih dikenali sebagai Wak Jamil Gula itu menanggung kesakitan dalam keadaan kepala berlumuran darah dan melecur di badan selepas dia meninggalkan rumah bersama isteri dan dua anaknya dengan menggunakan kereta milik mangsa.

Ini menyebabkan mangsa merangkak sejauh 20 meter hingga ke depan pintu rumah saudaranya untuk meminta bantuan dalam kejadian jam 4 pagi itu.

Biras mangsa Rubiah Manaf, 57, berkata, kejadian disedari beberapa saudara yang tinggal berhampiran selepas terdengar jeritan mangsa meminta tolong dari luar pintu rumahnya.

“Pada mulanya ahli keluarga lain yang tinggal berdekatan tidak berani menghulurkan bantuan kerana tahu sikap panas baran menantu Wak Jamil. Bagaimanapun, kerana tidak sanggup melihat dia merintih meminta tolong menyebabkan mereka membantunya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");