Perak Hari Ini

Pelan Tindakan Pembangunan di Cameron Highlands Perlu Dikaji Semula- Muhyiddin

CAMERON HIGHLANDS :Pelan tindakan pembangunan di Cameron Highland harus dikaji semula, ujar Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Banjir Kilat Dan Tanah Runtuh Di Cameron Highlands bilangan ketiga di Pejabat Daerah Dan Tanah Cameron Highlands, di Tanah Rata dekat Cameron Highlands hari ini.

Beliau turut disertai oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob , Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Antara menteri yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Menteri Tenaga,Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar merangkap Ahli Parlimen Cameron Highlands; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot.

Beliau berkata, ia bagi mengembalikan semula tempat itu sebagai satu kawasan pelancongan yang utama seperti satu masa dahulu.

“Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Tempatan sedia bekerjasama dalam menyelesaikan masalah yang melanda di Cameron Highland ini.

“Saya telah meminta Jabatan Perancangan dan Desa supaya menyemak semula pelan pembangunan tanah bagi memastikan ianya bersesuaian dengan keadaan semasa disini.

“Selain itu, saya juga meminta supaya mereka memandang serius terhadap aspek pembangunan hartanah disini dimana menentukan hanya pengusaha benar-benar layak dan mempunyai kelulusan yang boleh meneruskan perusahaan mereka.

“Bagi permohonan baru pula, saya minta mereka mempertimbangkan atau menghadkannya supaya pembangunan di sini dapat dikawal,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga telah memutuskan supaya semua pihak menguatkuasakan undang-undang bagi seluruh aspek berkaitan Cameron Highlands tersebut.

“Saya telah memutuskan semua pihak harus kuatkuasakan undang-undanga bagi perkara-perkara yang berkaitan antaranya termasuklah penerokaan tanah, penguatkuasaan alam sekitar dan pendatang tanpa izin (pati).

“Perkara ini bukan hanya untuk jangka masa pendek tetapi untuk perancangan jangka masa panjang berikutan kita tidak mahu perkara yang sama lagi berulang di sini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");