Perak Hari Ini

PEMUDAH Cepatkan Kelulusan Projek Pembangunan Di Perak

Kewujudan Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) berjaya membantu kerajaan mempercepatkan lagi kelulusan permohonan projek pembangunan di Perak sejak lebih empat tahun yang lalu.

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, ia merupakan salah satu pendekatan yang diambil untuk oleh kerajaan negeri untuk memendekkan tempoh kelulusan sesuatu projek pembangunan.

“Kita telah melakukan pelbagai pendekatan dan Alhamdulillah, dalam tempoh empat hingga lima tahun kebelakangan ini proses kelulusan permohonan bagi projek pembangunan di Perak agak pantas.

“Ia berikutan kita telah mewujudkan satu jawatankuasa khas yang kita panggil sebagai PEMUDAH,” katanya.

amin

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Projek SOHO 2 berdekatan kediaman rasmi Menteri Besar dekat Ipoh, sebentar tadi.

“Jawatankuasa ini dipengerusikan sendiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Ahmad Puhat Mat Nayan dan turut dianggotai Pengerusi Persatuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) Perak, Datuk Gan Tock Kong,” katanya lagi.

Selain itu, beliau juga katanya, telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mempermudahkan permohonan yang telah dirujuk buat kepada pihak tersebut.

“Kerajaan negeri telah mengarahkan kepada semua PBT termasuklah juga pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah supaya mempermudahkan proses yang memakan masa yang agak panjang disebabkan oleh karenah birokrasi.

“Saya juga telah meminta kepada pegawai penasihat negeri untuk mengkaji dan bersama-sama dengan PBT bagi membincangkan dan mempermudahkan perkara tersebut.

“Ia perlu dilakukan supaya kita tidak perlu mengambil masa yang begitu lama sebelum membuat keputusan dan mengeluarkan sesuatu arahan,” tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");