Perak Hari Ini

Pendaftaran GST Meningkat Kepada 117,376 Syarikat Sehingga 31 Oktober

Sehingga 31 Oktober, jumlah syarikat yang mendaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah meningkat kepada 117,376 syarikat sekaligus menafikan pelaksanaan cukai baharu itu diboikot seperti yang didakwa sebelum ini, demikian tegas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, secara purata, setiap hari antara 2,400 hingga 2,500 syarikat mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM) dalam tempoh tiga hari yang lalu.

“Untuk semalam sahaja, sebanyak 2,087 syarikat sudah mendaftar bagi GST dan untuk hari Khamis pula, jumlah yang direkodkan ialah 2,679. Bagi hari Rabu pula, jumlah syarikat yang mendaftar ialah 2,611 kesemuanya,” katanya kepada pemberita di Gopeng, petang tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, kerajaan mensasarkan 200,000 syarikat akan mendaftar bagi GST sebelum ia dilaksanakan pada 1 April tahun depan.

“Sebelum ini, ada dakwaan boikot di kalangan syarikat untuk mendaftar GST tetapi dakwaan itu sebaliknya.

“Syarikat ini mengambil sikap tunggu dan lihat dan akhirnya tampil ke hadapan untuk mendaftar,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau berkata, usaha untuk meringankan beban sara hidup rakyat di negara ini bukan bergantung kepada penurunan harga barang semata-mata sebaliknya dengan cara meningkatkan pendapatan rakyat.

bajet

Justeru, kerajaan katanya, memperkenalkan tiga kaedah dalam Bajet 2015 bagi meningkatkan pendapatan rakyat iaitu dengan memberi tumpuan kepada bidang pendidikan tinggi.

“Dengan pendidikan tinggi, kos sara hidup yang tinggi dapat diserap. Kaedah kedua yang kita perkenalkan ialah dengan menyediakan kemahiran tinggi kepada rakyat baik di sektor sumber manusia atau yang membabitkan pelbagai agensi.

“Manakala kaedah ketiga yang kita perkenalkan ialah menyediakan insentif untuk usahawan termasuklah dari segi latihan dan bentuk pinjaman seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan TEKUN,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");