Isu Panas

Perhimpunan Agung Umno bukan medan rasis

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung Umno yang diadakan saban tahun bukan untuk menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan mana-mana kaum, tetapi menjadi medan perbahasan bagi membincangkan isu semasa yang berlaku di dalam dan luar negara.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, walaupun fokus utama adalah berkisar orang Melayu dan Bumiputera, namun banyak isu yang dibangkitkan mempunyai hubung kait dengan kaum dan agama lain.

“Itu satu pendapat kurang bijak bila kata perhimpunan ini rasis.

Apabila ada perhimpunan ini, kebebasan mesti diberi pada juru cakap untuk perjuangan isu-isu rakyat, parti dan Bumiputera.

“Namun isu yang dibahaskan merentasi agama dan bangsa. Banyak undang-undang dan polisi diguna pakai kerajaan hasil usul yang dibincangkan dalam Perhimpunan Agung Umno,” katanya kepada media, semalam.

Sebelum itu, beliau menerima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Rakyat Singapura, Halimah Yacob di ibu pejabat Wanita Umno, di sini.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius mengenai isu keselamatan, keamanan dan perpaduan negara.

“Kalau tak ada keselamatan dan keamanan jangan kita bercakap soal pembangunan, kerana kejayaan sesebuah pembangunan itu berpaksikan pada keamanan yang dipelihara,” katanya.

Shahrizat memberitahu, isu Akta Hasutan akan menjadi fokus dalam ucapan beliau.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");