Membawang Hari Ini

Persembahan bantu projek tahfiz Nazrey Johani – Hafiz Hamidun

KUALA LUMPUR: Penyanyi nasyid Hafiz Hamidun akan mengadakan pertunjukan istimewa secara solo pada 7 November ini jam 8.30 malam di Megaview Banquet Hall Menara Kuala Lumpur.

Persembahan berdurasi dua jam itu akan menyaksikan beliau mendendangkan lagu nasyid termasuk alunan zikir daripada album Zikir siri 1, 2 dan 3.

Persembahannya turut diiringi piano. Persembahan ini dilaksanakan dengan kerjasama Menara KL dan syarikat milik Hafiz sendiri iaitu Arteffects International.

“Istimewanya separuh dari jualan tiket persembahan ini akan disalurkan untuk membantu bekas ahli kumpulan Raihan, Nazrey Johani yang melaksanakan projek tahfiz beliau

“Sebelum ini kita pernah lihat beliau hingga sanggup membuat persembahan di jalanan termasuk di pasar untuk mengutip dana bagi projek tahfiz itu. Jadi saya terdetik untuk membantunya serba sedikit dengan sokongan Menara KL.

“Insya Allah jumlah kutipan akan diumumkan pihak Menara KL nanti,” katanya ketika dihubungi BH Online, hari ini.

Kali terakhir Hafiz mengadakan konsert ialah sekitar Mei lalu di Stadium Bandaran Johor Baharu.

Tiket untuk menyaksikan persembahan itu akan dijual pada harga RM98, RM188 dan RM288 dan kepada yang berminat boleh menghubungi 03-20205444.

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");