Berita Hari Ini

Pertukaran Nama Jalan Di KL Keputusan Kementerian

KUALA LUMPUR: Keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menukar nama lapan jalan utama di sekitar Kuala Lumpur bukan dibuat atas permintaan Majlis Raja-raja, sebaliknya ia adalah keputusan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, keputusan itu diambil kerana Yang di-Pertuan Agong merupakan sebahagian daripada lipatan sejarah negara ini bagi memastikan rakyat terus mengingati mereka.

“Idea untuk menukar nama jalan-jalan utama yang terlibat bukanlah datang daripada Majlis Raja-raja (seperti yang dilaporkan dalam portal berita alternatif), tetapi ia datang daripada kementerian.

“Tujuan ia dilakukan ialah bagi mengingatkan warga kota, dan seluruh rakyat Malaysia secara amnya, dengan nama-nama mereka. Nama Yang di-Pertuan Agong sepatutnya diingati masyarakat kerana mereka sebahagian sejarah pemerintahan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan portal hari ini bahawa permintaan itu kononnya datang daripada Majlis Raja-raja.

DBKL, dalam satu kenyataan beberapa hari lepas, mengumumkan nama-nama jalan utama yang terlibat ialah Jalan Duta, Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ipoh, Persiaran Duta, Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah, Lebuhraya Mahameru, Persiaran Mahameru dan Jalan Semarak.

Jalan-jalan itu akan ditukar nama kepada Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Sultan Azlan Shah, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin, Lebuhraya Sultan Iskandar, Persiaran Tuanku Ja’afar, dan Jalan Sultan Yahya Petra.

Menurut DBKL, nama-nama baharu itu mula berkuat kuasa pada 26 Nov.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");