Berita Hari Ini

Pihak hina Islam berdepan tindakan tegas

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengambil perhatian serius dalam menyekat pihak yang cuba memfitnah dan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW khususnya di media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, untuk menangani isu tersebut kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Jabatan Islam Negeri (Jain) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menjalinkan kerjasama bagi mencegah gerakan ini daripada berleluasa.

“Tindakan ini dilaksanakan melalui pemantauan penguatkuasaan, dan penjelasan kepada masyarakat melalui bidang kuasa masing-masing.

“Kita juga jalin kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan kita telah persetujui satu mekanisme khusus bagi atasi masalah ini,” katanya ketika menjawab soalan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) di Dewan Rakyat, semalam.

Jelas Jamil Khir lagi, Bahagian Penyelidikan Jakim juga akan menjalankan tugas memantau laman sosial yang melibatkan isu ini.

“Sebarang maklumat pihak Jakim akan kemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi tujuan sekatan.

“Untuk rekod pada 2013 sebanyak 39 laman web yang didapati telah menghina Islam telah dikenakan tindakan serta disekat oleh SKMM.

Dalam pada itu, Jamil Khir menjelaskan untuk tujuan kesedaran kepada orang ramai Jakim telah menganjurkan pelbagai program untuk memantapkan akidah umat Islam.

“Tujuannya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk memanfaatkan teknologi demi kepentingan Islam,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");