Isu Panas

PKR kesal PM tunduk desakan

KUALA LUMPUR – PR menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan Akta Hasutan 1948 sebagai mengecewakan.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, pihaknya tidak terkejut dengan pengumuman itu kerana menyedari sejak daripada awal lagi ramai pemimpin Umno yang tidak bersetuju dengan keputusan Najib sebelum ini.

Rafizi berkata, sebagai seorang Perdana Menteri, Najib seharusnya terus menarik sokongan rakyat bukannya tunduk pada desakan sesetengah pihak sahaja.

“Apabila seorang Perdana Menteri itu popular dengan rakyat dia akan ada kedudukan yang baik untuk tidak melayan tekanan dalam Umno. Hal ini tidak disenangi oleh Umno, termasuk tindakan beliau hapuskan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).

Ditanya adakah beliau merasakan Akta Keharmonian yang dibawa kerajaan BN sebelum ini akan diteruskan, beliau berkata, Akta Keharmonian Nasional dilihat mampu bertindak lebih baik daripada Akta Hasutan 1948 yang dikekalkan itu.

“Untuk berlaku adil pada beliau (Najib) saya tidak rasa itu satu wayang, memang pada awalnya memang beliau nak hapuskan dan bawa Akta Keharmonian Nasional itu walaupun tiada jaminan yang jelas bahawa akta baharu itu akan beri kebebasan bersuara kepada rakyat, tetapi sekurang-kurangnya aspek Akta Hasutan itu dikurangkan.
“Tetapi dengan pengumuman (kekal) itu anda semua boleh ucap ‘selamat tinggal’ pada Akta Keharmonian Nasional,” katanya.

Sementara itu Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, pengumuman Najib adalah satu berita sedih kepada rakyat dan kerajaan akan terus menggunakan akta berkenaan atas tujuan menakutkan rakyat.

“Sejak daripada sebelum PRU13 hampir kesemua penahanan Akta Hasutan atas faktor politik. Maksudnya bukan isu untuk bangkitkan atau pertahankan institusi diraja atau hak orang Melayu dan sebagainya. Sebenarnya untuk melindungi BN daripada dikritik.

“Ternyata satu demi satu pemimpin PR menjadi mangsa setelah pendedahan dibuat mengenai penyelewengan dilakukan kerajaan,” katanya.

Katanya lagi, sebagai seorang pemimpin utama kerajaan sepatutnya berpegang pada janji bukan memungkiri.

“Agenda negara didorong kepentingan politik, macam mana jadi pemimpin buat keputusan berubah-ubah dan dasarnya tidak jelas kredibiliti tercemar, rakyat jangan termakan retorik seperti itu,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");