Jenayah

Polis Maut Terbabas

SEREMBAN: Seorang anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) Negeri Sembilan, maut selepas motosikalnya terbabas di Jalan Seremban-Kuala Pilah, berhampiran pasaraya Giant Ampangan di sini, pagi ini.

Mangsa, Lans Koperal Rostam Elias, 32, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian jam 8.30 pagi itu berlaku ketika mangsa menunggang motosikal Modenas GT128 seorang diri dari arah Seremban ke Kuala Pilah.

“Mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan. Kemalangan itu menyebabkan mangsa maut serta-merta akibat kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-hmetro-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");