Berita Hari Ini

Rujuk ulama sebelum sertai kumpulan jihad

KUALA TERENGGANU – Umat Islam perlu merujuk kepada ulama muktabar sebelum menyertai mana-mana kumpulan jihad untuk memastikan kumpulan disertai benar-benar menepati maksud sebenar jihad dalam Islam.

Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, keputusan untuk berjihad adalah perkara besar dan seharusnya perlu mendapat kesahihan berhubung latar belakang kumpulan yang menggunakan nama jihad supaya perjuangan mereka tidak sia-sia.

Menurutnya, dengan kewujudan pelbagai kumpulan yang menggunakan nama Islam, ia sudah tentu menimbulkan kekeliruan dan bimbang sekiranya mereka tertipu dengan kumpulan yang bukan bersandarkan jihad yang dibenarkan Islam.

?Ada yang menyertai kumpulan tertentu kerana mengambil pendapat peribadi. Sepatutnya dapatkan nasihat daripada ulama muktabar sama ada perlu atau tidak mereka berjihad dan sama ada kumpulan yang disertai itu benar-benar kumpulan jihad.

?Mereka perlu tahu latar belakang kumpulan yang ingin disertai kerana kita bimbang mereka tertipu dan tidak mendapat apa-apa daripada perjuangan tersebut,? katanya.

Sebelum ini, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bermuzakarah 22 Oktober lalu merumuskan, fahaman jihad dan mati syahid yang dipegang sebahagian umat Islam sehingga sanggup berjuang di Syria atas nama kumpulan Negara Islam (IS) adalah tidak selari dengan hukum syarak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perjuangan mereka atas nama jihad adalah sia-sia dan bukan tergolong sebagai syahid.

Mengulas perkara itu, Azman berkata, jihad menentang musuh-musuh Islam adalah jelas tetapi sekiranya berlawan sesama Islam atas dasar kekhilafan pendapat, perkara itu tidak boleh disifatkan sebagai jihad.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");