Jenayah

Sampai hati!

Klang: Seorang pengawal keselamatan sebuah pasar raya di Bukit Tinggi, di sini, yang sedang membuat rondaan rutin terperanjat menemui mayat bayi tidak cukup bulan di pekarangan letak kereta pusat beli-belah berkenaan, semalam.

Difahamkan bayi perempuan berusia lingkungan tujuh hingga ke lapan bulan itu ditinggalkan bersama surat khabar serta plastik berwarna merah. Lebih menyedihkan, bayi malang itu ditemui tidak berpakaian dalam keadaan tertiarap serta sudah dihurungi semut kira-kira jam 7.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarulzaman Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan mayat bayi itu jam 7.52 pagi.

“Sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian di kawasan letak kereta pasar raya itu dan hasil pemeriksaan awal mendapati bayi berkenaan cukup sifat bersama tali pusat serta uri yang belum dipotong,” -hmetro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");