Sukan Hari Ini

Semangat tetap membara

PENGENDALI Harimau Malaya, Dollah Salleh menegaskan semangat anak didiknya masih belum luntur walaupun dikecewakan Thailand 2-3 dan yakin tiga mata mampu diraih menjelang aksi terakhir peringkat Kumpulan B, menentang Singapura, di Stadium Nasional, Kallang, esok.

Jelasnya, barisan pemainnya akan berjuang bermati-matian dalam perlawanan menentang tuan rumah yang akan menentukan kemaraan pasukan atau sebaliknya.

“Gembira dengan persembahan pemain walaupun keputusan tidak memihak kepada kami, perjuangan belum berakhir. Masih ada satu perlawanan yang kami kena lalui, motivasi pemain tinggi ke arah kejayaan.

“Jauh di hati ini, pasukan boleh membuktikan sesuatu dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan,” katanya.

Mohd Amri Yahyah terlebih dahulu menggegarkan Stadium Jalan Besar melalui gol pembukaan pada minit ke-28 menerusi sepakan leret hasil gerakan bersama Safiq Rahim, tetapi kelebihan yang dimiliki anak-anak buah Dollah tidak bertahan lama apabila Adisak Kraisorn yang baru dibawa masuk menggantikan Kirati Keawsombut menyamakan kedudukan pada penghujung babak pertama.

Bagaimanapun, Safiq memastikan Harimau Malaya kembali di hadapan apabila bijak memperdayakan tiga pertahanan Thailand sebelum tenang menewaskan Kawin Thamsatchanan pada minit ke-60 sebelum Thailand sekali lagi menyamakan kedudukan apabila Charyl Chappuis menjaringkan gol penyamaan minit ke-72.

Ketika perlawanan bakal beraksi dengan keputusan seri 2-2, Adisak sekali lagi mengecewakan 28 juta rakyat Malaysia apabila bijak memperdayakan pertahanan negara, Afif sebelum merembat kencang menewaskan Khairul Fahmi Che Mat untuk memastikan tiga mata mutlak Gajah Perang.

Harimau Malaya kini menduduki tempat ketiga di dalam kumpulan, berkongsi satu mata dengan Myanmar, Singapura (tiga mata) di tangga kedua manakala Thailand yang sudah pun layak ke peringkat separuh akhir unggul menerajui kumpulan dengan (6 mata ).

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");