Jenayah

Sindiket tipu suri rumah tumpas

Georgetown: Empat lelaki warga Nigeria serta seorang wanita warga Indonesia dan seorang wanita warga tempatan yang disyaki terbabit dalam sindiket penipuan dua suri rumah membabitkan kerugian bernilai hampir RM2 juta ditahan polis dalam dua serbuan berasingan Khamis dan Jumaat lalu.

Keenam-enam suspek berusia lingkungan 20-an itu diberkas sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPDSPU) dan BSJK Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di Kuala Lumpur dan Relau, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, berdasarkan dua suspek lelaki warga Nigeria dicekup di Kuala Lumpur pada 20 November lalu manakala dua lagi lelaki warga Nigeria serta dua wanita ditahan di Relau pada keesokan harinya.

Beliau berkata, mereka daripada kumpulan berbeza tetapi dipercayai menggunakan cara sama dengan memperdaya mangsa melalui laman sosial Facebook menggunakan wajah jejaka tampan sebagai satu tarikan untuk berkenalan dengan mereka, sekali gus dijadikan mangsa.

Katanya, mereka kemudian kononnya mengirimkan satu bungkusan yang mengandungi hadiah berharga sebagai tanda kasih dan sayang untuk mengaburi mata mangsa, sebelum mendakwa hadiah berkenaan ditahan kastam.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");