Jenayah

Sorok kondom dalam periuk

Kuala Lumpur: Tindakan seorang pengusaha pusat urut menyorokkan beratus kondom di dalam periuk nasi akhirnya membongkar kegiatan premis itu yang menawarkan pelacur kepada pelanggan.

Aktiviti maksiat itu dibongkar selepas sepasukan anggota Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melakukan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen Selangor di premis terletak di Pusat Bandar Utama, Puchong di sini, malam kelmarin.

Operasi bermula jam 9 malam itu disasarkan terhadap dua pusat urut yang beroperasi tanpa lesen malah menawarkan khidmat seks dan dan urutan batin kepada pelanggan.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa MPSJ Asfarizal Abdul Rashid berkata, 12 ‘gadis urut’ membabitkan warga China dan Vietnam ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial termasuk tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Menurutnya, sebuah pusat urutan itu dikesan turut menyorokkan ratusan paket kondom di dalam periuk nasi yang diletakkan di bahagian dapur premis.

“Pemilik premis itu tidak mengaku terbabit dalam kegiatan maksiat, namun penemuan kondom itu membuktikan sebaliknya.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");