Berita Hari Ini

Suzuki S-Cross jimat petrol

Kuala Lumpur: Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd, pengedar kereta jenama Suzuki di negara ini melancarkan model terbaru Suzuki S-Cross sebentar tadi.

Suzuki S-Cross menggunakan enjin 1.6 liter, menyalurkan kuasa maksimum 117 hp pada 6,000 rpm dengan tork setinggi 156 Nm pada 4,400 rpm.

Ia juga digabungkan dengan transmisi CVT yang mampu menjimatkan bahan api dengan purata 17.2 kilometer setiap seliter petrol.

Selain itu, ia dilengkapi ciri keselamatan terkini dengan tujuh beg udara, Program Kestabilan Elektronik dan Bantuan Brek.

Kereta kategori crossover itu dijual pada harga RM129,888.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");