Membawang Hari Ini

Tajuk ‘Gila Baby’ Dipilih Kerana Mampu Pikat Penonton

PETALING JAYA: Pengurus Besar Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB), Tengku Iesta Tengku Alauddin, menjelaskan tajuk filem Gila Baby dipilih mengikut kesesuaian jalan cerita dan difikirkan mampu menarik penonton datang ke panggung.

Tengku Iesta berkata, ia juga merupakan tajuk awal yang dibuat pengarah filem Khabir Bhatia sejak filem itu belum memulakan penggambaran lagi.

“Ketika kami terima filem ini memang working title yang digunakan ialah Gila Baby dan saya rasa ia sangat sesuai dan menarik hingga terus menjadi tajuk sebenar.

“Mula-mula nampak macam agak pelik tetapi bila tengok filem ini secara keseluruhannya ia sangat kena dengan jalan cerita tersebut,” ujarnya kepada mStar Online.

Tengku Iesta berkata demikian ketika ditemui pada malam gala Gila Baby yang diadakan di Cathay Curve, di sini, malam Rabu.

Sementara itu, Tengku Iesta berkata, filem ini merupakan kerjasama kelima pihaknya bersama Filmscape selepas Sembunyi, Cinta, Sepi dan Nur Kasih.

Dalam pada itu menurut pengarahnya, Khabir, konsep filem ‘road movie’ ini memberi suatu kelainan berbanding filem-filem sebelum ini.

Khabir menjelaskan, Gila Baby menggunakan plot yang tidak khusus dan mudah difahami penonton.

“Cerita ini memberi pengajaran kepada semua orang agar berusaha mengubah nasib mereka. Filem ini menjanjikan jalan cerita yang lebih ringkas dan padat,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengenai pemilihan pelakon, Khabir memberitahu ia dibuat berdasarkan kesesuaian watak.

Katanya, pemilihan pelakon Sharnaaz sebagai watak penting juga kerana dia mempunyai sifat humor yang dilihat ketika terlibat dengan beberapa projek di bawahnya arahannya sebelum ini.

Filem aksi komedi ini mengisahkan Bob, lakonan Beto Khusairy yang memerlukan sejumlah wang bagi membiayai pembedahan ayahnya yang sakit.

Bob terpaksa mengambil jalan mudah dengan membantu Roy (Sharnaaz Ahmad) melakukan jenayah mencuri kereta.

Namun, percubaan pertama Bob untuk aktiviti jenayah dihalang dengan penemuan seorang bayi di tempat duduk belakang kereta yang ingin dicurinya itu.

Filem ini turut menampilkan Beto Khusyairy, Nadiya Nissa, Lan Pet, Pet, Fimie Don dan Chelsia Ng. Ia bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 4 Disember ini.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");