Jenayah

Tanah Runtuh Jejas 38 Penghuni

SEREMBAN: Sebanyak 15 rumah membabitkan 38 penghuni terjejas berikutan berlaku tanah runtuh di Rumah Rakyat Kampung Panchor, Senawang di sini, malam tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 malam itu membabitkan gelongsoran tanah tinggi yang terletak berhampiran rumah berkenaan dan hampir mengenai dinding beberapa rumah.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata, sembilan rumah berisiko tinggi berikutan kedudukan runtuhan tanah dengan dinding rumah dan pihaknya mengarahkan penghuni berpindah kerana bimbang berlaku pergerakan tanah.

Berikutan kejadian itu, Norazam berkata, seramai lima anggota diarah melakukan rondaan setiap dua jam bermula malam tadi bagi memantau pergerakan tanah.

Selain itu, pos kawalan bomba dan penyelamat turut dibuka di sebuah dewan berhampiran dan dijangka akan beroperasi sepanjang minggu ini demi keselamatan penduduk.

Menurutnya, beberapa jabatan termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) dan polis turut terbabit memantau dan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.
-hmetro-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");