Isu Panas

Teguran Mahathir bukan kepada Puteri

KUALA LUMPUR : “Saya tidak setuju sama sekali dengan kata-kata Tun Mahathir Mohamad yang mengatakan ahli-ahli UMNO hari ini lebih fokus untuk ‘mengkayakan’ diri daripada berjuang untuk parti.”

Kata Ketua Puteri Negeri Johor, Rohaizah Ahmad, mantan Perdana Menteri itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu.

“Saya hairan kenapa Tun kata begitu sebab saya sebagai ahli Puteri UMNO bersama rakan-rakan lain tidak pernah terfikir untuk mencari kekayaan ketika bersama parti.

“Matlamat kami ikhlas untuk berjuang demi memartabatkan parti Melayu terbesar ini dan tidak ada agenda untuk mencari kekayaan seperti yang didakwa Tun,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Jelas Ketua Puteri Bahagian Pagoh itu, kenyataan Mahathir mungkin ditujukan kepada pihak lain dan bukannya Puteri UMNO.

“Saya tak boleh setuju dengan dakwaan Tun tetapi saya yakin Tun tidak menujukan kata-katanya itu kepada anggota Puteri UMNO.

“Sebabnya, kami dalam Puteri tidak pernah membincangkan soal kekayaan ketika bersama sebaliknya perkara pokok perbualan kami adalah bagaimana hendak menggerakkan Puteri dengan lebih efektif,” katanya.

Bercakap tentang program, ibu kepada lima cahayamata ini menjelaskan, sepanjang tahun 2014, antara program terbesar yang telah dilaksanakan adalah memperkenalkan Gelombang Merah Jambu di peringkat negeri Johor.

“Kami dah buat banyak program untuk menarik golongan muda dan kini sedang merancang untuk membuat yang lebih baik termasuk memberi peluang perniagaan melalui bengkel yang disediakan.

“Bukan itu sahaja, banyak lagi yang telah dilaksanakan khususnya untuk golongan muda,” ujarnya.

–MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");