Jenayah

Tergelincir ke sungai ketika berwuduk

Pasir Puteh: “Kami baru bertunang bulan lalu dan sepatutnya disatukan pada Mei depan, tetapi arwah pergi dulu menghadap Allah SWT.

“Hanya Tuhan tahu betapa sedihnya hati saya,” kata Tuan Nur Syamimi Tuan Zulkapli, 22.

Dia tunang kepada Muhammad Azli Khanafiah, 28, yang meninggal dunia akibat lemas dalam kejadian di Jeram Kopeh dekat Hutan Lipur Jeram Pasu, Padang Pak Amat, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, Muhammad Azli dari Kampung Wakaf, di sini, ke kawasan itu bersama enam rakan sekampung untuk memancing sebelum tergelincir ketika hendak mengambil wuduk bagi menunaikan solat Asar.

Anak sulung daripada lapan beradik itu cuba dibantu empat rakannya naik ke tebing, namun hanyut dibawa arus deras dan ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kota Bharu dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh tersepit di celah batu besar.

Menurut Tuan Nur Syamimi, dia dimaklumkan kejadian itu oleh adik tunangnya pada jam 6.30 petang dan bergegas ke Hospital Tengku Anis (HTA), di sini untuk pengesahan lanjut. -hmetro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");