Laporan Eksklusif

Terkini Dari Istana Kehakiman: Hari Kelapan Rayuan Kes Liwat II

Kronologi Prosiding Rayuan Kes Liwat II: Hari Kelapan:-

3.48 petang: Hakim Ariffin mengumumkan keputusan rayuan akan ditetapkan pada tarikh yang akan ditentukan kemudian memandangkan proses penghujahan mengambil masa lama dan mahkamah turut melanjutkan tempoh ikat jamin Anwar.

3.30 petang: Sementara itu, di luar perkarangan mahkamah, penyokong Anwar turut melakukan solat hajat secara terbuka di kawasan tersebut.

p2

3.17 petang: Persidangan mahkamah dimulakan.

p5

3.15 petang: Kelihatan barisan penyokong Anwar seperti Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, Naib presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin dan barisan exco Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Shuhaimi Shafiei. Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

3.10 petang: Penyokong Anwar kelihatannya belum puas menyuarakan ketidakpuasan hati dengan pelbagai laungan dan ceramah anti-kerajaan. Kelihatan pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Pak Jabit di celah-celah penyokong yang hadir pada hari kelapan prosiding.

gila

2.42 petang: Anwar keluar dari Masjid Sultan Mizan dan terus bergerak ke bangunan Istana Kehakiman sambil diiringi kira-kira 200 penyokongnya. Jemaah lain tampak bersahaja dan tidak memberi respon kepada laungan Reformasi yang dilaungkan oleh penyokong Anwar.

tun m

Sebelum itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Mizan, iaitu berada di saf hadapan Anwar yang ketika itu sedang duduk.

yasin

2.40 petang: Kelihatan penyokong Anwar mengadakan bacaan Yassin beramai-ramai di perkarangan terbuka berhampiran mahkamah dan ketika ini cuaca mendung di Putrajaya.

2.35 petang: Sementara itu, persiapan program Malaysian International Islamic Book Expo sedang giat dilakukan tidak jauh daripada kawasan penyokong Anwar berkumpul.

Sudah pastinya, penyokong Anwar berasa tidak selesa dengan program tersebut yang bakal dihoskan oleh Ustaz Shahzan pada jam 3 petang nanti.

anwar3

2.30 petang: Prosiding hari kelapan rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diteruskan kira-kira jam 3 petang nanti.

anwar5

Ketika ini, lebih 200 penyokong Anwar berada di perkarangan Istana Kehakiman di Putrajaya sebagai tanda sokongan mereka terhadap Ketua Pembangkang tersebut.

anwar1

Selain di Putrajaya, penyokong Anwar turut berkumpul di perkarangan Masjid KLCC dengan membawa pelbagai sepanduk mengutuk kerajaan. Difahamkan, sejak semalam tersebar Warkah Buat Anak Muda Malaysia #117 yang antara lain menyatakan Anwar Difitnah, Anwar Dizalimi, Mahkamah Diperalat, Regim UMNO/Maha Zalim.

anwar6

Mesej itu antara lain meminta rakyat hadir ke Masjid KLCC sebagai tanda sokongan dan di akhir mesej menyatakan UMNO AKAN TUMBANG HARI INI.

anwar7

Semalam, wakil pasukan pembelaan, Ramkarpal Singh berkata, pihaknya memerlukan lebih masa untuk menggulung hujahan bagi mengenepikan hukuman penjara lima tahun terhadap Ketua Pembangkang itu.

“Datuk Seri Gopal Sri Ram akan menyambung sedikit lagi hujah penggulungannya esok…mungkin dalam 10 atau 15 minit.

“Lepas itu pihak pendakwaan mungkin akan menimbulkan beberapa perkara. Pastinya kita boleh jawab.

“Apa yang pasti kita boleh habiskan esok. Cuma saya fikir keputusan akan dibuat pada hari lain,” katanya.

Prosiding hari ketujuh berakhir kira-kira pukul 7 malam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");