Laporan Eksklusif

Terkini Dari Istana Kehakiman: Hari Ketujuh Prosiding Rayuan Liwat II

Kronologi prosiding rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim- Hari Ketujuh:-

4.06 petang: Peguam bela utama Gopal Sri berkata, kes pihak pendakwaan dalam insiden sebelum ini berdasarkan kemungkinan. Beliau kemudian merujuk kepada laporan polis Saiful yang menyebut insiden berlaku pada jam 3.30 petang di unit 11-1-5, Kondominium Desa Damansara. Kata Gopal, dalam kes pendakwaan, perincian kesalahan itu daripada keterangan Saiful menyebut dia dipaksa mengambil posisi di atas permaidani. “Pelakuan itu dilakukan atas permaidani dan itu kes pendakwaan,” katanya.

3.55 petang: Gobind kini merujuk pada testimoni palsu DSP Jude di Suhakam dan juga kes Teoh Beng Hock berhubung sampel DNA yang tidak dapat dikenal pasti pada tali pinggang si mati.
Pegawai penyiasat dalam kes Teoh, kata Gobind, bertindak proaktif dalam memangil anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberikan sampel, bagi mengecualikan diri mereka.
“IO (pegawai penyiasat) dalam kes Anwar tidak melakukan perkara itu,” katanya.

3.43 petang: Gobind berkata, terdapat ada yang tidak kena dalam kes itu apabila dia diliwat oleh seorang, sedangkan keterangan mencadangkan terdapat dua orang meliwatnya.
Ini kerana, katanya, terdapat alel 18 dan dengan hakikat itu sahaja pun Anwar patut dibebaskan. Gobind berkata, Shafee menyebut bahawa alel 18 mungkin daripada Dr Osman dan ia seperti Shafee menyokong hujah pasukan pembelaan.

3.32 petang: Gobind membangkitkan kes Hanif Basree, yang mana hakim Abdull Hamid Embong menjadi hakim perbicaraan daripada Mahkamah Tinggi. Katanya, kes itu serupa apabila terdapat keterangan berhubung DNA tertuduh dan terdapat juga DNA pihak lain dalamnya. “Terdapat keterangan bahawa ia 18 alel (pihak lain).” Hanif, seorang jurutera di Shah Alam, dibebaskan daripada kes pembunuhan Norita Samsuddin kerana terdapat kehadiran air mani atau DNA orang lain. Gobind menggesa mahkamah menolak keterangan daripada lokap dan persoalan bagaimana Lelaki Y sampai kepada ekshibit.
“Pendakwaan gagal membuktikan bahawa Lelaki Y adalah perayu.”

3.25 petang: Gobind berkata, anak guamnya cuba dikaitkan dengan “Lelaki Y”. Katanya, Mahkamah Tinggi menyebut, oleh kerana Anwar satu-satunya yang berada dalam sel, Lelaki Y haruslah dia.
Bagaimanapun, kata Gobind, orang lain juga mungkin mempunyai akses kepada sel yang digunakan Anwar. “Penemuan ini berdasarkan penghunian tunggal, tetapi jika terdapat orang lain yang mempunyai akses langsung kepada sel, bagaimana pula,” soalnya.

3.22 petang: Gobind Singh Deo pula memulakan penghujahannya.

2.50 petang: Penyokong Saiful bertambah dalam lingkungan 80 hingga 100 orang. Mereka dilihat membawa sepanduk yang tertulis ‘Anwar, Rakyat Bukan Keldai Kamu!’ dan ‘Anwar Masuk Penjara, Kembali Aman’.

2.25 petang: Perbicaraan di mahkamah disambung semula.

sai2

Bekas Timbalan Presiden PKR, Senator Syed Husin Ali dan Ahli Parlimen Kelana Jayam Wong Chen turut hadir untuk memberikan sokongan dan mengikuti perkembangan kes liwat Anwar itu.

sai5

1.05 petang: Ram telah menyatakan terdapat keraguan yang serius dan perkara tersebut memberikan Anwar hak untuk dibebaskan daripada kes terbabit.

sai3

Prosiding dihentikan sebentar untuk makan tengahari.

1 petang: Ram dalam hujahnya menyatakan terdapat kemungkinan yang bahawa sampel tersebut telah disentuh dan ia juga berkemungkinan sampel yang berbeza.

“Satu sampel diambil daripada Saiful menunjukkan kemerosotan tetapi tidak yang lain dan perkara itu mencetuskan keraguan,” katanya.

Beliau juga berkata, Saiful bukan seorang saksi yang boleh meyakinkan seperti yang dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan.

12.12 tengah hari: Ram berkata, label yang telah dibuat oleh doktor dari HKL pada sampel tersebut berbeza. “Ini kerana DSP Jude telah melabelkannya apabila membuka plastik besar yang mengandungi sampel HKL di pejabatnya,” katanya.

Hakim Abdul Hamid telah menyoal Ram, berdasarkan analisis Seah dan keterangan yang dibuat oleh doktor HKL tersebut, berkemungkinan ada tembusan.

PTKL13

“Saya bersetuju. Ia bukan sampel yang sama dan Saiful tidak diliwat,” jawab Ram.

PTKL14

12 tengahari: Ram mula berhujah berkenaan isu penembusan. Katanya, tiada bukti perubatan yang mencadangkan bukti penemuan sebelum itu berikutan tiada bukti untuk menyokong andaian tersebut.“Penemuan sebelumnya tidak patut dipertimbang, bahawa berlakunya tembusan,” kata Ram. Katanya, terdapat empat orang doktor iaitu tiga dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan seorang dari Pusrawi yang menyatakan bahawa tiada tembusan berlaku. Sementara itu, Shafee telah menunjukkan testimoni Saiful bahawa Anwar telah memancutkan air maninya ke dalam dubur Saiful ‘seperti biasa’.

11.52 pagi: Mahkamah kembali bersidang.

Ram dalam hujahnya berkata, tindakan pihak pendakwa raya yang meminta Anwar dengan mengambil DNA-nya sendiri untuk membuktikan pembelaannya merupakan satu yang mengejutkan. Beliau berkata, tindakan pihak pendakwaan tersebut sepatutnya membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah dan bebanan itu tidak seharusnya diberikan kepada pihak pembelaan.

“Ini asas undang-undang, kerana penting untuk pihak pendakwaan membuktikan kes itu,” katanya.

Pada hari Selasa yang lalu, Shafee telah mencadangkan agar Anwar mengambil sampel DNAnya sendiri bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

11.20 pagi: Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said kelihatan berada dalam mahkamah. Turut hadir sama, dua cucu kecil Anwar.

11.13: Mahkamah berehat daripada bersidang dan akan bersambung semula pada jam 11.30 pagi.

11.05 pagi: Ram menyambung hujahnya dengan menyatakan tiada keraguan bahawa pihak pendakwaan mengakui terdapat kemerosotan pada sampel, namun sebaliknya tiada kemerosotan pada calitan yang didapati daripada bahagian intim. Beliau juga menyoal bahawa bagaimana sampel tersebut berada dalam keadaan asli sedangkan ia tidak disimpan dalam peti sejuk seperti yang disarankan.

“Ia menunjukan bahawa sampel tersebut bukan sampel yang sama dan boleh jadi ia sudah dikompromi,” katanya.

10.43 pagi: Hakim Tan Sri Suriyadi Hashim menyoal kepada Ram, sekiranya 18 alel itu asing, ia tidak menolak kehadiran Anwar dalam sampel-sampel itu sama seperti daripada lokap dan Saiful.
“Ia juga boleh bermaksud Anwar tidak pun berada di sana (kondominium),” jawab Ram.

Ram juga berkata, meskipun Ahli Kimia, Seah tidak menggunakan perkataan ‘asli’, beliau juga bersetuju bahawa tiada kemerosotan sampel walaupun diambil selepas 56 jam. Walaubagaimanapun, beliau berkata, Seah juga bersetuju bahawa kemerosotan berkemungkinan akan berlaku.

10.40 pagi: Penyokong Anwar di perkarangan Istana Kehakiman semakin bertambah kira-kira iaitu sekitar 200 orang. Mereka kelihatan membaca surah Yassin dan mendengar ceramah daripada pemimpin Pakatan Keadilan Rakyat (PKR).

IMG-20141106-WA0019

10.30 pagi: Ram telah menyatakan bahawa 18 alel muncul pada tuala ‘good morning’, berus gigi dan botol air mineral serta perincian semula patut dilakukan bagi menjelaskan kehadirannya. Beliau menyamakan keadaan tersebut dengan kes Teoh Beng Hock apabila ada alel asing ditemui di tali pinggang si mati. Beliau menegaskan bahawa pihak pendakwaan perlu menjelaskan bagaimana terdapatnya kehadiran 18 alel tersebut.

“Tiada bukti untuk menyokong hujah pihak pendakwaan. Beban pembuktian terletak di bahawa pihak pendakwaan untuk membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah,” katanya.

IMG-20141106-WA0015

10.20 pagi: Ram Karpal dalam hujahnya telah merujuk kepada tuala ‘good morning’ yang terdapat 18 alel tersebut. Ahli Kimia, Nor Aidora Saedon berkata bahawa 18 alel tersebut merupakan stutter. “Bagaimanapun, berdasarkan garis panduan Jabatan Kimia, 18 alel itu bukan stutter, dan ia sepatutnya dilaporkan,” katanya. Beliau kemudiannya bersetuju bahawa tindakannya bertentangan dengan garis panduannya sendiri berdasarkan testimoninya. “Tiada keraguan bahawa kehadiran contaminor dalam 18 alel yang didakwa tidak dapat dinafikan,”tambahnya.

10.10 pagi: Ram berkata peguam kerajaan, Dr Seah Lay Hong ada menyatakan bahawa 18 alel boleh menyebabkan berlaku pencemaran secara sporadic.

10 pagi: Keadaan di luar perkarangan Istana Kehakiman masih terkawal dan kelihatan anggota keselamatan bersiap sedia menghadapi sebarang insiden tidak diingini kelak.

IMG-20141106-WA0018

9.45 pagi: Kelihatan juga kumpulan wartawan tempatan dan asing membuat liputan Himpunan Rakyat Hakim Negara yang diadakan sejak dari hari pertama prosiding lagi.

9.32 pagi: Peguam utama Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram mempersoalkan sama ada mahkamah mahu pihak pembelaan untuk menyentuh isu terbabit.

Walaubagaimanapun hakim, Tan Sri Arifin Zakaria mengarahkan Prosiding perbicaraan diteruskan.

9.30 pagi: Shafee memulakan hujah dimana beliau berkata telah diarahkan oleh Peguam Negara untuk membangkitkan isu kenyataan Anwar dalam media yang dianggap serius dan menghina mahkamah.

IMG-20141106-WA0016

9.30 pagi: Jangan Tinggal Solat antara kain rentang yang dibawa penyokong Saiful sebagai peringatan kepada Anwar.

9.27 pagi: Mahkamah mula bersidang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim naik ke kandang perbicaraan sambil tersenyum ke arah pemberita.

9 pagi: Kelihatan penyokong Anwar dan Saiful mula membanjiri perkarangan Istana Kehakiman pagi ini. Dianggarkan lebih 100 penyokong Anwar sudah tiba manakala penyokong Saiful pula bergerak dalam kumpulan kecil. Ketua Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah masuk ke dalam mahkamah. Turut kelihatan di dalam mahkamah ialah exco Kerajaan Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Tan Kee Kwong dan bekan Timbalan Menteri Perumahan Datuk Lajim Ukin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");